Rancangan televisyen Radio_Television_Hong_Kong

RTHK menerbitkan rancangan televisyen hal-ehwal am untuk disiarkan oleh tiga buah penyiar swasta Hong Kong, iaitu TVB, ATV dan Cable TV. Antara rancangan-rancangannya termasuk Hong Kong Connection (鏗鏘集), A Week in Politics (議事論事), Media Watch (傳媒春秋) dan Police Report (警訊).

RTHK juga menerbitkan drama TV, termasuk sekali Below the Lion Rock (獅子山下) yang tersohor. Sungguhpun demikian, RTHK tidak memiliki saluran televisyen sendiri.